Pusat Khidmat Rakyat

Pusat Khidmat Rakyat Selangor dilancarkan oleh Dato' Seri Najib Razak

Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional atau PAKAR adalah satu manifestasi, atau terjemahan idea transformasi itu yang bertujuan untuk mewujudkan komunikasi dan ‘services’ antara pihak parti dengan Rakyat. Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional menyediakan kakitangan sepenuh masa yang akan berkhidmat menerima sebarang aduan atau pun permasalahan daripada rakyat.

Pusat khidmat ini yang dijadualkan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat di talian PAKAR 1-300-22-2626 ataupun email ke pakar@bnselangor.org. Sungguhpun begitu, rakyat masih boleh menelefon pada bila-bila masa kerana boleh meninggalkan pesanan suara, dan akan dihubungi semula oleh PAKAR kemudian. Ini merupakan satu usaha Barisan Nasional untuk menjadi penghubung antara Rakyat dan pihak agensi yang bertanggungjawab ke atas masalah yang dilaporkan.

Selain menalefon untuk melaporkan masalah yang melibatkan kepentingan awam seperti masalah sampah, masalah banjir, masalah alam sekitar yang tidak dikendalikan dengan baik oleh kerajaan negeri, Rakyat Selangor juga boleh menelefon Pusat Khidmat Rakyat Barisan NAsional untuk mendapatkan maklumat mengenai produk-produk Barisan Nasional seperti B1RM, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan sebagainya. Pusat Khidmat ini bertindak sebagai ‘one stop centre’ untuk rakyat Selangor mendapatkan maklumat, dengan menjadikan bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil sebagai medium pengantar.

Selain menerima panggilan dari Rakyat, PAKAR juga akan membuat panggilan kepada rakyat berdasarkan number telefon yang didapati daripada pihak Jentera BN sendiri melalui kajian rambang dan aktiviti di kawasan masing-masing.

Tanpa berselindung, PAKAR juga adalah salah satu medium untuk berkempen, tetapi juga akan terus dikekalkan sehingga selepas Pilihan Raya ke-13 serta menjadi medium untuk Rakyat berhubung dengan pihak Parti.

Ini adalah satu usaha terbaik untuk rakyat, sekaligus menjadi alternatif sekiranya wakil rakyat yang mewakili BN tidak dapat dihubungi atas sebarang isu setempat. Sebaliknya, ia juga menjadi satu medium kepada BN Selangor, untuk memantau keberkesanan wakil rakyat mereka dalam konsep “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

 

comments powered by Disqus

PAKAR Buat Aduan PAKAR