Penduduk Pandan Mahukan Calon BN Baru

20 Mac 2013, 05:06 | Oleh: BN Selangor

PendudukPandanMahu

KUALA LUMPUR 10 Mac – Tempoh 5 penggal yang dipegang oleh Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Ong Tee Kiat adalah tempoh begitu lama lantas penduduk menggesa Barisan Nasional (BN) mengemukakan muka baru sebagai calon untuk Pilihan Raya Umum ke – 13 (PRU 13) akan datang.

Menurut Presiden Gabungan Persatuan Penduduk Pandan Terence Ee, beliau berterima kasih kepada Ong kerana mentadbir kawasan tersebut selama 25 tahun dan inginkan BN mengemukakan pemimpin baru untuk mentadbir Parlimen Pandan.??”Beliau telah melakukan kerja yang baik selama 25 tahun. Kami berterima kasih kepada beliau (Ong Tee Kiat). Dan kita harus maju kehadapan.??”Sesetengah perkara perlu diubah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Terence, beliau berharap bahawa Ong faham akan keputusan yang dibuat penduduk untuk meletakkan jawatan kerana tempoh 5 penggal atau 25 tahun yang dipegang Ong terlalu lama walaupun mengikut standard antarabangsa.??Ujarnya, Ong dialu-alukan untuk mengadakan pertemuan bersama penduduk untuk berdialog bagi menyelesaikan masalah bersama-sama.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa persatuan tersebut David Kow berkata, penduduk mahukan calon baru untuk menggantikan tempat Ong dan akan menyokong sesiapa sahaja calon yang dikemukakan BN.

“Kita mahukan muka baru yang dinamik untuk menyelesaikan masalah rakyat disini. Ong Tee Kiat perlu bersara. Sudah 5 penggal beliau memerintah. Kita perluakan idea baru untuk kawasan Pandan.”??”Kami akan menyokong sesiapa sahaja calon BN yang baru,” katanya lagi.

Dipetik dari: http://www.klpos.com

comments powered by Disqus

PAKAR Buat Aduan PAKAR